BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 14, 2010

Secebis kata kata

Assalamualaikum wbt tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian

Pertama-tama sekali, terima kasih saya ucapkan kerana sudi melapangkan dada dan berfikiran terbuka untuk membaca buah fikiran Abuya.

Bukan mudah untuk mengajak orang membaca buah fikiran Abuya yg dilabel sesat. Tetapi alhamdulillah, Allah pilih tuan2 untuk terus mengenali insan istimewa bergelar Abuya.

Saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat update disebabkan kesibukan saya yg akan menghadapi peperiksaan besar ( saya masih seorang mahasiswa ).

Pasti ramai yang menyangka bahawa saya anak didik Abuya atau pengikut Al Arqam disebabkan minat saya yang mendalam terhadap Abuya. Walhal, saya tidak pernah berjumpa Abuya mahupun bercakap dengan beliau. Tetapi saya ada sebab mengapa saya begitu berminat mengajak tuan-puan sekalian meyakini Abuya sebagai Putera Bani Tamim.

Tuan puan yang saya kasihi,

Hari ini, dunia menjadi kucar-kacir. Ramai manusia tidak punya arah tuju kehidupan. Ibarat layang-layang terputus tali, kita semua sebenarnya tenggelam dalam arus dunia yg amat dahsyat kejamnya. Soal anak luar nikah makin menjadi-jadi. Isu palestin yang tidak pernah berpenghujung hanya menjadi pelaris akhbar-akhbar tempatan di mana-mana negara sekalipun. Dunia kita tidak pernah moden kerana ada sahaja kemajuan yang digapai baik. Ibarat Iphone 3GS yang dilancarkan, kini keluar model 4G. Kita terus terkejar-kejar arus kemajuan yang dicipta barat. Kita terus lalai dan leka. Kita kerana saya juga adakalanya hanyut dek 'kemajuan' dunia.

Sampai bila semua ini akan berlaku?

Abuya mencuri perhatian saya ketika saya mula mengenali mawaddah, sebuah kumpulan nasyid yang membawa lagu-lagu keTuhanan. Selepas banyak melakukan 'research', baru saya tahu, Abuya lah yang mencipta lirik-lirik lagu mawaddah. Bukan itu sahaja, lirik-lirik lagu nadamurni serta kumpulan nasyid lain semasa era Al Arqam, banyak yang dikarang Abuya.

Abuya hanya dilabel sesat setelah beliau ajarkan bacaan Aurad Muhammadiah serta apabila Abuya mengaku sebagai Putera Bani Tamim, serta mengaku Syeikh Suhaimi sebagai Imam Mahdi. Apakah sesat kita amalkan Aurad Muhammadiah ( himpunan ayat2 suci AlQuran, selawat dan doa)? Murtadkah saya mengakui beliau sebagai Putera Bani Tamim?



Siapa Putera Bani Tamim?

Di sini saya ingin jelaskan masalah yang membelenggu rakyat Malaysia yang semakin kronik jadinya. Putera Bani Tamim atau seperti yang terdapat dalam hadis berkenaan panji-panji hitam adalah insan penting yang bertanggungjawab menyediakan tapak asas Islam sebelum kedatangan Imam Mahdi.

Di sinilah kejayaan terbesar yahudi apabila berjaya meyakinkan umat Islam bahawa hadis-hadis tentang panji-panji hitam adalah dhaif ( lemah ), walhal yahudi sendiri percaya akannya. Tuan-tuan boleh perhatikan betapa bidang ilmu Islam seperti Ilmu Hadis, syariah di universiti luar negara dipelopori puak kafir yahudi dan kristian. Maka, para cerdik pandai negara kita pun dihantar berguru dengan yahudi dan kristian yang jelas-jelas menentang kebangkitan Islam.

Berbalik kepada Putera Bani Tamim, ia bermaksud seorang pemuda yang berketurunan sama dengan Saidina Abu Bakar iaitu dari Bani Tamim. Adakah yahudi akan membiarkan anak cucu Bani Tamim hidup senang lenang di Mekah walhal mereka tahu dari keturunan Bani Tamim itulah akan muncul seorang pemuda yang membantu Imam Mahdi nanti? Sepatutnya sudah tiada lagi waris Bani Tamim tetapi Allah Maha Berkuasa, Allah lah sebaik-baik perancang. Allah telah selamatkan waris Bani Tamim ini lalu berhijrah ke Nusantara.

LIHATLAH BAGAIMANA SYIAH MEMBUNUH SAIDINA HUSSIEN...

Maka apabila Abuya mengaku sebagai Putera Bani Tamim, saya tidak terkejut. Mustahilkah bagi Allah melantik seorang melayu menjadi Putera Bani Tamim? janganlah kita menjadi macam bangsa yahudi yang enggan menerima hakikat Nabi terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah seorang Arab walaupun beratus-ratus Nabi sebelum itu merupakan Bani Israel.

Umum mengetahui betapa nusantara kita dengan empayar Srivijaya yang luasnya menjangkau Cape Town di Afrika Selatan hingga ke timur sebelah China. Tatkala para pedagang seantero dunia datang ke Nusantara kita, baik di Lembah Bujang, Gangga Negara, Melaka, Selatan Tanah Jawa, hinggakan Tom Pires seorang sejarahwan mencatatkan tidak kurang 300 kapal berlabuh di pelabuhan kita pada satu-satu masa.

Adakah tamadun melayu ( srivijaya ) kita di nusantara terbina pada beberapa tahun sahaja?

TIDAK..

tamadun kita wujud sekian lama maka adalah wajar waris Bani Tamim pernah menjejakkan kaki di bumi melayu ini. Itu dari sudut sejarahnya. Dari sudut agama, tidak langsung menjejaskan akidah umat Islam kerana ia hanya soal furu' ( cabang ) yang mana tidak berdosa seseorang itu jika percaya akannya. Yang lebih parah apabila ramai muda-mudi mula tidak percaya Imam Mahdi, bahkan persoalkan bahawa hadis itu dhaif. Lihatlah betapa licik yahudi dan kristian.



Abuya dan Pusat Islam

Soal Abuya dan Pusat Islam tidak lebih hanyalah beza pendapat antara fahaman wahabi dan Ahli Sunnah wal Jamaah. Soal tawassul umpamanya. Tawassul ialah apabila menggunakan orang tengah seperti menyebut nama para wali atau rasul ketika memohon hajat dari Allah.

Orang Islam dibolehkan berdoa dengan doa ini:

'Ya Allah dengan kemuliaan ( بجا )nabi Muhammad sembuhkanlah penyakitku'

Dalilnya ialah :

Hadis doa keluar masjid: Maknanya: “Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadaMu dengan berkat kebenaran orang-orang yang meminta kepada Mu" H.R Ibnu Majah

"Ya Allah dengan kemulian wali-wali dan juga nabi-nabiMu hilangkanlah dukacitaku"

Tawasul seperti ini tidak bercanggah dengan Al Quran dan hadis Rasulullah.

Tetapi bagi fahaman wahabi, “tawasul dengan kemulian mereka adalah syirik dan boleh mengeluarkan mereka
dari Islam dan berkekalan dalam neraka”

Kitab yang bertajuk: ‘Aqidatul Mukmin, Karangan: Abu bakar Al Jazairi (pemimpin wahabi) m/s: 144

Itu hanyalah sebahagian contoh perbezaan pendapat antara wahabi dan Ahli Sunnah wal Jamaah. Oleh itu, berwaspadalah dengan fahaman wahabi tuan-tuan kerana bimbang kita berada jauh dari landasan.

Bahkan jika benarlah Pusat Islam yang membawa Islam yang syumul, mengapa konsert-konsert terus-terusan berlangsung dan hanya negeri Kedah, Kelantan yang dipimpin Pas konsert-konsert seperti Jom heboh tidak berlangsung. Apakah badan Islam negara kita serta ulama-ulamanya terkunci lidah dan mulut mereka?Apakah tugas mereka hanya untuk membaca doa-doa pembuka majlis dan perkhidmatan mereka tamat sebaik sahaja doa penutup dibaca?

Inilah kejayaan KEDUA TERBESAR yahudi dalam percaturan dunia kita selepas kejayaan PERTAMA MENYESATKAN Abuya.

Ini kerana golongan rakyat seperti saya dan tuan-tuan yang tidak berstatus ustaz dan ulama inilah yang hanya mengikut tanpa usul periksa setiap tindak-tanduk badan Islam negara kita. Ini berlaku kerana kita amat percaya bahawa 'mereka' lah yang benar hinggakan kita lupa bahawa 'mereka' juga manusia biasa seperti kita yang tidak terlepas dari dosa dan noda.

Apa yang mengecewakan ialah, soal pengharaman AlArqam sehingga kini tidak pernah dibicarakan secara telus. Rakyat hanya dipaparkan bagaimana Abuya diheret ke media massa tanpa sebarang pembelaan mengisytiharkan taubat. Bahkan, 'mereka' juga tidak pernah mahu mengadakan sesi dialog secara terbuka.

Di manakah konsep musyawarah yang Islam anjurkan jika 'mereka' memegang AlQuran dan Sunnah?

Yang mendukacitakan ialah 'mereka' tidak pernah menjelaskan kepada rakyat dimanakah sesatnya Abuya. 'Mereka' juga tidak mahu menerangkan kepada rakyat bahawa soal Putera Bani Tamim hanyalah soal cabang, tetapi 'mereka' haramkan AlArqam seolah-olah Arqam melakukan dosa terbesar. Mungkin mengajak orang berpurdah dan berserban dosanya lebih besar dari membiarkan lelaki dan perempuan bercampur di konsert malam tahun baru.

Akibatnya, golongan rakyat seperti saya dan tuan-puan pun dengan penuh kepercayaan menerima sahaja tiap-tiap butir apa jua yang diputuskan 'mereka'

Bersorak gembiralah yahudi dan kristian di seluruh dunia memerhatikan Islam terus malap kerana apa jua proses Islamisasi seperti yang Abuya bawa baik dari segi ekonomi, hiburan, sekolah, pentadbiran dan lain-lain lagi, adalah bersifat jumud, mundur, memalukan, hina dan kita yang bergelar muslim ini turut sama menyumbang saham mencerca, memfitnah, memaki, mengutuk, mengumpat serta seribu macam cara lagi kita lemparkan kepada Abuya dan jemaah Al Arqam.

Perhatikanlah tuan-puan apa yang Abuya bawakan. Abuyalah yang mempelopori pemakaian tudung/purdah. Jika dahulu para wanita malu bertudung bahkan penasyid wanita dahulu pun hanya berselendang, tetapi selepas Jemaah Arqam ditubuhkan, kini, wanita yang tidak bertudung pula malu ke sana sini.

Dahulu, para pelajar perempuan ke sekolah dengan ber'skirt', tetapi selepas Jemaah Arqam, para gadis mula memakai baju kurung. Yang lelaki dahulunya hanya berseluar pendek, persis seperti gaya pemakaian penjajah British, namun beralih setidaknya menutup aurat berseluar panjang.

Abuya tubuhkan nasyid nadamurni dan lain lagi kerana manusia secara fitrah semulajadinya perlukan hiburan. Siapa lagi yang menonjolkan 'Islam is a way of life/ Islam adalah cara hidup' selain Abuya? dengan lirik-lirik keTuhanan, kita mampu dekatkan diri dengan Allah.

Abuya kukuhkan ekonomi orang MELAYU. Ini kerana orang melayu sinonim dengan Islam dan ini telah membimbangkan kaum cina yang memonopoli ekonomi. Abuya lah yang menanamkan keyakinan kepada bangsa melayu kita untuk jadi kuat melalui cara Islam, namun hina dan cerca yang Abuya dapat.


Akhir kata, sebenarnya banyak yang ingin saya kongsi bersama tuan-puan tentang hasil kajian saya berkenaan Abuya. Saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat update selalu dan saya harap tuan-puan sekalian dapat download buku-buku karangan Abuya melalui link yang saya sediakan.