BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 9, 2010

Menentukan Mujaddid

BENAR sebagaimana disabdakan oleh Rasul bahawa akan lahir seorang mujaddid di setiap awal kurun, maka setelah satu abad kewafatan Rasul, lahirlah mujaddid pertama di dunia ini. Dan itu berulang lagi untuk kurun-kurun berikutnya, dua, tiga, empat dan seterusnya. Ertinya hingga kini sudah 14 abad berlalu maka 14 oranglah sudah mujaddid lahir ke dunia.

Sebelum menyebutkan siapakah para mujaddid yang telah lahir itu, perlu dulu dijelaskan bagaimanakah cara menentukan seseorang itu mujaddid atau tidak.

AI-Quran dan Hadis tidak menyatakan dengan tepat siapakah mujaddid itu. Siapa namanya dan dari mana datangnya. Malah tidak juga ada satu firman Allah atau sabda Rasul yang menyebutkan apakah ciri-ciri mujaddid itu. Kerana itu para ulama tidak ada panduan yang tepat dalam menentukan siapakah mujaddid di satu-satu kurun. Malah, individu mujaddid itu sendiri pun tidak tahu apakah dia mujaddid atau tidak. Sebab seorang mujaddid bukannya bertaraf nabi dan rasul. Jadi tidak ada wahyu yang memberitahu yang dianya mujaddid, sepertimana wahyu turun pada Nabi dan Rasul, memberitahu tentang kenabian dan kerasulan mereka.

Jadi kaedah tertentu untuk menentukan mujaddid secara tepat dan muktamad memang tidak ada. Sebab itu kadang-kadang para ulama yang hidup di abad itu pun tidak berani menentukan mujaddid di abad mereka secara tepat dan muktamad. Mereka hanya mengagak atau mengandaikan kemungkinan seseorang itu mujaddid. Sebab itu terdapat perbezaan pendapat antara ulama-ulama itu tentang siapa mujaddid untuk abad itu.

Syarat yang diberikan oleh ulama itu dalam mengandaikan atau menentukan seseorang mujaddid ialah:


1. Lahirnya di awal kurun.

2. Kewibawaan yang menonjol di banding dengan ulama-ulama lain.

3. llmunya lebih daripada ulama-ulama lain.

4. Ketaqwaannya dan akhlaknya lebih halus daripada ulama-ulama lain.

5. Perjuangan, keberanian, kegigihan dan kesabarannya melebihi seluruh ulama-ulama zamannya.

6. Bertaraf mujtahid.


Berdasarkan ciri-ciri di atas, maka para ulama sezaman memberi tanggapan bahawa seseorang itu ialah mujaddid.

Tapi berlaku juga dalam sejarah bahawa seorang mujaddid itu menyedari dia adalah mujaddid, maka diumumkanlah atau diisytiharkanlah dirinya sebagai mujaddid di zaman itu. Antara mereka yang berbuat demikian ialah Imam Ghazali rahimahumullah taala. Ini ada diisyaratkan dalam kitab Al Munkizhu Minaddholal
 

Diikuti oleh lmam Sayuti rahimahumullah taala, mengaku dan mengisytiharkan dirinya sebagai mujaddid kurun ke 9. Ini terdapat dalam kitab berjudul Al Raddhu ‘ala man akhlada ilal ardh  




 Sikap beliau-beliau ini telah menimbulkan kontroversi terutamanya di kalangan ulama sezaman mereka. Mereka dituduh telah mengangkat dirt sendiri dan sebab itu tidak disenangi dan ditentang oleh ulama-ulama lain. Padahal kalau kita nilai dengan ilmu, tanpa diganggu oleh apa-apa sentimen, tindakan beliau-beliau itu tidaklah terkeluar daripada sunnah Rasul bahkan harus hukummya. Sebab Rasulullah sendiri pernah menyatakan kebaikan dirinya, dengan sabda-sabda baginda:





 "Aku adalah penghulu manusia pada hari kiamat dan tidaklah aku bermegah-megah dan di tanganku ada bendera pujian dan tidaklah aku bermegah-megah dan tidaklah ada nabi pada hari itu selain Adam maka orang yang selainnya di bawah benderaku dan akulah orang yang pertama orang yang membelah bumi dan tidak aku bermegah-megah dan akulah awal (permulaan) orang yang memberi syafa’at dan awal (permulaan) yang mendapat syafa’at dan tidak bermegah-megah." ( Riwayat At Tirmizi )





"Aku telah diberikan lima macam yang tidak pernah diberikan pada seorang nabi pun sebelumku: Aku diutus kepada semua manusia kulit putih atau berwarna dan dijadikan untukku bumi sebagai masjid dan pensuci dan ditolong aku dengan ditakuti musuh yang jauhnya kejadian sebulan dan dihalalkan untukku makan hasil gha nimah: perang, dan aku boleh memberi syafaat maka aku simpan (tangguhkan) kelak untuk umatku (diakhirat).” ( Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a )

Sikap begini, bukanlah mengangkat diri, membangga dan megah. Mustahillah Rasul berhati demikian. Kata-kata itu adalah lahir dari jiwa yang suka menyebut dan menceritakan nikmat yang Allah kurniakan pada baginda.  Atta Hadduth bini’matillah.


                                 (menceritakan akan nikmat Allah)


Sifat ini adalah dibenarkan malah termasuk sifat hati yang baik. Demikianlah para Rasul dan Waliyullah, hati mereka sentiasa bergerak ke arah menyebut dan memuji Allah, tanpa sifat-sifat tinggi diri dan bermegah-megah. Tapi berbeza dengan hati kita. Dalam mulut tidak menyebut pun hati kita selalu terasa kita istimewa, apa lagi kalau sampai terucapkan, tentu sudah lebih-lebih sangat sifat ujub dan berbangga-banggaan itu.

Berbalik pada tindakan lmam Ghazali dan lmam Sayuti, mengisytiharkan diri mereka sebagai mujaddid itu, sebenarnya ada termasuk dalam sifat Atta Hadduth bini’matillah (menceritakan akan nikmat Allah), Kerana menilai-nilai serta mengingat segala pemberian Allah yang ada pada diri mereka, dipadankan pula dengan syarat-syarat atau kelayakan-kelayakan untuk menjadi mujaddid, maka oleh kerana benarlah demikian, maka mereka pun memberitahu orang ramai bahawa Allah mengurniakan mereka darjat seorang mujaddid. Dan ini tidak salah malah hukumnya adalah harus.

Atas dasar itulah maka selain kedua-dua mujaddid tadi, maka lmam Syaarani juga pernah melakukan Atta Hadduth bini’matillah  ini.




Kata-kata beliau itu ditulis dalam kitabnya Tan bihul Mughtarrin begini bunyi maksudnya:

“Tidak ada di kalangan pemuda di zaman ini yang baik akhlaknya selain aku. ”

Diikuti pula oleh As syahid Hassan Al Banna, turut menceritakan kurniaan Allah padanya dengan katanya, “Setelah jatuhnya kerajaan-kerajaan Islam di tangan bangsa-bangsa asing, maka sejak itu tidak pernah wujudnya perpaduan dan ukhwah di kalangan masyarakat Islam kecuali setelah ujudnya Jemaah lkhwan Muslimin.”

Dengan hujjah-hujjah di atas, maka bolehlah saya tegaskan sekali lagi bahawa pengisytiharan diri sendiri sebagai mujaddid di kurunnya oleh lmam Ghazali dan lmam Sayuti bukan sikap yang keterlaluan dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Dalam menentukan mujaddid, syarat terpenting yang ditunjuk sendiri oleh Rasulullah ialah lahirnya di awal kurun. Seseorang yang bagaimana hebatnya pun kewibawaannya, ilmu, taqwa dan keberaniannya serta perjuangannya, tapi lahirnya tidak di awal kurun, maka dia bukanlah mujaddid. Tapi telah terjadi dalam sejarah, orang-orang yang menentukan seseorang itu sebagai mujaddid walhal dia itu kelahirannya bukan di awal kurun. Cbntohnya Jamaluddin Al Af Ghani dan Mohd Abduh. Mereka dikatakan mujaddid walhal mereka ini lahir bukan di awal kurun. Begitu juga Shah Waliyullah, Ad Dahlawi dan Syeikh Ahmad.

Kita tidak boleh menerima kenyataan mereka itu, kerana nyata perkara itu bercanggah dengan hadis, yang menyatakan kelahiran mujaddid mesti di awal kurun. Orang-orang yang berkata begitu kalau tidak jahil, adalah kerana rasa fanatik yang keterlaluan pada ulama tadi. Memang sikap fanatik yang melulu memungkinkan seseorang bertindak di luar garis panduan.

Lebih dahsyat lagi, telah berlaku di Malaysia sendiri, satu masa dulu, seorang penulis telah menulis dalam akhbar dengan panjang lebar menyatakan Tun Abdul Razak adalah mujaddid. Ini sungguh memalukan kita, malah saya kira Tun Razak sendiri pun malu. Tapi sedih sekali, tiada seorang ulama pun di Malaysia ini yang mahu atau berani menyanggah tulisan itu. Hingga ke saat ini kejahilan itu terbiar berlalu begitu sahaja.

Yang sebenarnya telah ditetapkan oleh ahli-ahli sejarah kalangan ulama Islam para mujaddid yang telah datang ke dunia ini.

Dalam lhya lmam Ghazali ada disenaraikan mujaddid-mujaddid yang telah lahir hingga setakat kurunnya.

1. Umar lbnu Aziz
2. lmam Shafie
3. lmam Abul Hassan Al Asyaari
4. Abu Bakar Al Baqilaani
5. Abu Hamid Al Ghatali

lmam Sayuti ada berkata dalam kitab ‘Al araddu ala man akhlada ilal ardh’ iaitu:

1. Umar bin Aziz (wafat 101 Hijriah)
2. lmam Syafie (wafat 204 Hijriah)
3. Abul ‘Abbas bin S. uraij (wafat 306 Hijriah)

Tapi lmam Sayuti menyebutkan pendapat ulama lain dalam kitab di atas yang menyatakan mujaddid kurun ke tiga ialah Imam Abu Hassan Al Asyaari yang wafat (tahun 324 Hijrah). Ulama yang menyebut itu ialah Abul Qasim bin Asakir dan lmam Al Shafie dan lain-lain daripada ahli Tahqiqi.

4. Sahal bin Muhammad As So’luuki.

Ada juga mengatakan Abu Hamid Al Isfaraaini. Ada pula orang berkata Al Qaadi Abu Bakar Al Baqilaani. Ini pendapat lbnu Asakir dan selainnya.

5. lmamul Ghazali (tidak ada khilaf) yang wafat pada 505 Hijriah.
6. Al lmam Fakhrudin Al Razi (wafat tahun 606.Hijriah).
7. Taqiyuddin bin Daqiqul ‘Id (wafat tahun 702 Hijriah).
8. Sirajudin Al Balqiini.

Ada juga orang kata Nasiruddin bin Bintul Malik AsSyazali. Boleh jadi juga Asy Syeikh Zainuddin Al lraaqi yang wafat (806 Hijriah, lmam Sayuti berkata lagi boleh jadi ketiga-tiga orang sekali jadi mujaddid sebab mujaddid bukan mesti seorang. Ada kala seorang ada kala beberapa orang, seperti Umar lbnu Aziz dan lmam Syafie mengikut ijma’ Muhaqqiqin.

Ada kala dua orang atau secara jemaah kerana tidak dapat ditentukan siapa sebenarnya mujaddid di kurun itu.

Kurun ke 9: lmam Sayuti buat pengakuan: “Sesungguhnya aku berharap dengan sebab-sebab nikmat Allah dan kurniaan-Nya sepertimana lmam Ghazali mengharap bagi dirinya sesungguhnya akulah orang yang diutus di awal kurun yang ke 9 ini. Kerana akulah satu-satunya yang mempunyai lautan di semua bidang ilmu pengetahuan. ”

Dalam kitab Ar raddu ila man akhlada ilal ardh, ada pertanyaan mengapa ditentukan di awal kurun saja ada mujaddid? Mengapa pembaharuan berlaku di awal kurun sahaja? Kerana mengikut kebiasaannya para ulama pada masa 100 tahun mereka berpecah dan terbiarnya sunnah dan lahir perkara bid’ah. Maka di waktu itu perlu adanya pembaharuan...


-page 18 tidak ditemui-


6. Mujaddid kurun 6 : lmam Fakhrurrazi
7. Mujaddid kurun 7 : lbnu Daqiqi ‘Id
8. Mujaddid kurun 8 : Al Balqini
9. Mujaddid kurun 9 : lmam As Sayuti
10. Mujaddid kurun 10 : lmam Muhammad Ar Ramli
11. Mujaddid kurun 11 : Abduflah Salim Al Basri
12. Mujaddid kurun 12 : Ad Dardir
13. Mujaddid kurun 13 : Al Syarqawi

Ada ulama berpendapat bahawa ada berlaku dalam sejarah lahir lebih dari seorang mujaddid untuk satu kurun (mujaddid secara kolektif). Tapi kebanyakan dari kurun-kurun itu hanya seorang saja mujaddid yang lahir.

Perlu diingat bahawa nama-nama mereka yang disebut mujaddid di atas, bukanlah ditunjuk oleh Allah dan Rasul. Telah kita katakan bahawa Al Quran dan Hadis tidak menamakan siapakah mujaddid untuk tiap-tiap kurun. Hadis hanya mengatakan:



Ertinya:
Sesungguhnya Allah membangkitkan pada permulaan setiap seratus tahun bagi umat (Islam) ini seorang Mujaddid yang membaharui agama inj(yakni memperbaiki dan menguatkannya setelah ia menjadi lemah di kalangan umat itu.) (Riwayat Al Hakim, AtBaihaqi, lbnu Hajar, Abu Daud, Al Iraqi).

Sebab itu para ulama berselisih pendapat dalam menentukan mujaddid sesuatu kurun itu. Perselisihan ini akan kita saksikan dalam kitab-kitab. Yang mana terjadi perbezaan nama-nama mujaddid itu pada kurun-kurun yang tertentu. Kadang-kadang terjadi juga setengah-setengah ulama dalam menentukan mujaddid hanya mementingkan keutamaan dan keistimewaan ulama itu hingga melupakan syarat kelahirannya mestilah di awal kurun.

Antara 13 orang mujaddid yang disenaraikan di atas hanya seorang dari mereka itu yang menjadi khalifah yang memerintah negara yakni Sayidina Umar lbnu Aziz, mujaddid yang pertama. Dan saya yakin bahawa nanti mujaddid akhir zaman, juga akan jadi khalifah yang memerintah dan memimpin manusia sedunia.

Mujaddid dan Peranannya

SEKALIPUN macam-macam usaha dibuat oleh musuh untuk menghapuskan terus Islam dan umat Islam dari dunia ini, namun usaha itu tidak akan berhasil sepenuhnya. Allah tidak akan membiarkan agama-Nya lenyap dari bumi ini. Lihat jaminan yang diberikan oleh Allah:



 Ertinya:
Mereka (orang kafir) ingin untuk memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut-mulut mereka. Sedangkan Allah akan menyempurnakan agama-Nya sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir.(At Taubah : 32)

Untuk tujuan memelihara dan menyempurnakan agama-Nya itu Allah S.W.T menentukan satu cara tertentu. Cara itu diberitahu pada kita melalui lidah Rasul-Nya, dengan sabda baginda:



Ertinya:
"Sentiasa ada satu (golongan) toifah yang sanggup melahirkan kebenaran, tidak akan memudaratkan mereka oleh orang-orang yang menyalahinya, hinggalah sampai datang perintah Allah (kiamat)."(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Tegaknya toifah itu adalah dengan cara ini:   



 Ertinya:
"Sesungguhnya Allah membangkitkan bagi umat islam seorang mujaddid yang membaharui agama (Islam) daripada setiap awal kurun." (Riwayat Al Hakim, At Baihaqi, lbnu Hajar, Abu Daud, Al Iraqi).

Dengan jaminan Allah dan Rasul-Nya tadi maka berlakulah di sepanjang zaman proses menghidupkan kembali agama Islam oleh satu toifah dengan dipimpin oleh seorang mujaddid (pembaharu ugama). Hampir seribu lima ratus tahun sudah kita ditinggalkan Rasul, dan umat Islam sejak itu berhadapan dengan berbagai-bagai ancaman dan tekanan budaya, perubahan fikiran dan keadaan zaman, namun Islam...


-page 4 tidak ditemui-


...macam-macam cabaran dan tekanan, namun mereka tidak berundur. Melalui merekalah Islam berkembang.


Para Mujaddid

Orang-orang yang dilahirkan di tiap:tiap awal kurun, yang dapat membaharui semula pengetahuan ugama Islam, semangat dan kesedarannya serta sedikit sebanyak amalannya yang telah dimatikan orang. Merekalah yang memulakan perjuangan Islam untuk kurun itu yang kemudian disambung-sambung usaha itu oleh kumpulan yang disebut di atas tadi. Mujaddid adalah penting dan menjadi harapan kita untuk datang menghidupkan ugama yang sudah hampir mati kini. Atas dasar itulah maka buku ini saya keluarkan untuk saudara.


Erti Mujaddid

Mujaddid adalah istilah Arab, yakni ism fa’il. Ertinya pembaharu atau orang yang membuat pembaharuan atau membawa pembaharuan (reformer).

Mujaddid yang kita maksudkan di sini ialah seorang pemimpin atau tokoh yang muslim lagi bertaqwa yang lahirnya di awal setiap kurun dan kepimpinannya mampu menghidupkan kembali semangat Islam dan sedikit sebanyak dapat meningkatkan amalannya hingga ke taraf antarabangsa.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, bahawa agama Islam sentiasa ditekan dan ditindas oleh musuh-musuhnya. Sejarah mencatatkan bahawa memang ada segolongan (toifah) yang mempertahankannya. Tapi itu tidaklah sekuat mana, kerana serangan-serangan yang lebih kuat maka Islam dan umatnya jadi lemah dan lebih lemah di hujung-hujung sesatu kurun. Maka dengan Rahmat Allah setiap kali bermulanya awal kurun, maka dilahirkan ke dunia seorang yang akan memimpin umat Islam, untuk menghidupkan kembali kehidupan Islam (yang telah hampir mati itu) di tengah masyarakat. Orang itulah yang kita sebut mujaddid. lnilah yang disabdakan oleh Rasul:



Ertinya:
"Sesungguhnya Allah membangkitkan bagi umat Islam seorang mujaddid yang membaharui agama (Islam) daripada setiap awal kurun."

Kedatangannya bukan membawa agama baru. Apa yang dibawanya ialah apa-apa yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Cuma oleh kerana waktu kedatangannya itu agama Islam sudah begitu asing pada masyarakat Islam sendiri, maka ramai orang menyangka bahawa ajarannya adalah ajaran baru. Ya, mungkin baru untuk kurun itu, tapi pada hakikatnya ajaran beliau adalah ajaran dahulu yang pernah diajar dan diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

Kedatangannya bertujuan untuk menerangkan kembali ugama Islam yang telah pudar.Menghidupkan kembali sunnah Rasul yang telah dilupakan orang. Menguatkan kembali jiwa taqwa yang hampir-hampir mati, dan menyuburkan kembali semangat beragama yang telah luntur, dan menghubungkan kembali rasa kasih sayang dan persaudaraan yang hampir terputus.

Mereka para-para mujaddid itu membawa “approach”, cara teknik yang baru, sesuai dengan suasana yang ada di zamannya.

Kepimpinan seorang mujaddid bukan saja boleh meningkatkan sedikit amalan Islam di tengah masyarakatnya tapi juga menjadi satu cabaran dan tekanan yang dirasakan oleh musuh-musuh Islam dan pendukung pendukungnya terutama Yahudi dan Kristian. Kedatangan seorang mujaddid untuk satu kurun itu dibekalkan dengan kelayakan-kelayakan yang diperlukan untuk zaman itu. Ini adalah kerana satu zaman itu berbeza dengan zaman lainnya, yakni kelainan (perbezaan) dari segi kecenderungan manusia, keperluan mereka dan isu penting serta ideologi yang timbul waktu itu. Maka seorang mujaddid yang datang akan membawa Islam menggunakan gaya pendekatan dan teknik serta corak fikiran dan hujah- hujah yang sesuai dan dapat diterima oleh manusia waktu itu.

lnilah keistimewaan seseorang mujaddid itu. Tanpa keistimewaan ini, ada kemungkinan Islam yang dibawanya tidak akan dipedulikan orang. Dalam bab yang akan datang saya akan beri contoh-contoh khusus tentang berbezanya setiap orang mujaddid antara satu sama lain dari segi pendekatan, teknik dan hujah mereka untuk mengalih masyarakatnya dari jahiliah kepada Islam. Untuk memulakan reformasi Islam, gaya pendekatan, teknik dan hujah yang tepat adalah penting sekali. Sebab itu Allah ingatkan:


 
Ertinya:
Hendaklah kamu menyeru kepada jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan dengan nasihat yang baik. Dan berdialoglah dengan mereka dengan cara yang paling baik. (An Nahl : 125)

Cara yang bijaksana dan berhikmah tadi, akan jadi perisai untuk menyedarkan umat Islam dan jadi senjata untuk menyusah dan melemahkan musuh.

Dalam keadaan hujah musuh dapat dipatahkan dan umat Islam kembali sedar akan tanggungjawabnya terhadap agama maka sedikit sebanyak hiduplah semula sunnah Rasul dalam kehidupan sebahagian manusia. Syiar Islam agak berbunga semula di tengah masyarakat. Dan ukhwah lslamiah sedikit sebanyak wujud semula di kalangan umat Islam.

Dengan kata-kata yang lain kedatangan mujaddid adalah kedatangan semula pemimpin umat kepada umat Islam yang sekian lama kehilangan pemimpin. lbarat orang yang tengah tidur dikejutkan, mereka bangun kembali untuk meneruskan kehidupan beragama yang telah ditinggalkan. Atau ibarat si buta yang dapat kembali tongkatnya. Maka dapatlah ia meneruskan perjalanannya yang terhenti sekian lama.

Muqaddimah

DENDAM Yahudi dan Kristian pada Islam bukannya satu penyakit yang baru dan ringan. Sejak zaman hidup Rasulullah lagi, penyakit ini sudah hinggap di dada-dada Yahudi dan Kristian, dan terus diperturunkan dari jenerasi ke jenerasi hinggalah kini, hampir 1500 tahun sudah. Kejadian mereka terpaksa gulung tikar bantal tinggalkan Madinah, hasil perjuangan Rasulullah bersama orang-orang Ansar dan Muhajirin, menjadi alasan penting kenapa dendam itu kuat membara. Seterusnya kejayaan sahabat menakluk dan menglslamkan 3/4 dunia yakni sebahagian Eropah seperti Turki, Sepanyol, kemudian menakluk Yaman, sebahagian dari Afrika seperti Tunisia, Maghribi, kemudian menjangkau Cina dan Rusia, akhirnya membelok ke Asia, sekaligus melumpuhkan mereka, menjadi sebab lain untuk mereka sakit hati sungguh dengan kita.

Peperangan besar antara Islam dan Kristian adalah cerita sejarah yang cukup popular. Kalah dan menang silih berganti. Umat Islam pernah mengalami kemenangan besar dan terus menjulang sebagai kuasa agung yang menguasai dan menjadi tuan di dunia. Tapi kemudian, umat Islam kalah teruk di tangan musuh-musuhnya. Segala kuasa terlepas dari...


-page xii tidak ditemui-


...mengamalkan ajaran Islam. Hendak sembahyang pun malu, nak tutup aurat pun malu, lebih bangga dengan yoga dan meditasi. Dan itu pun sudah berlaku. Ertinya sudah hancur betul umat Islam, dan sudah berjaya betullah musuh-musuh Islam.

Hingga kini, tidak tertikir lagikah kita umat Islam untuk membela diri? Untuk tebus kembali kekalahan dan untuk bina kembali tamaddun kita dan identiti kita? Untuk benci dan marah betul dengan musuh dan sanggup serah jiwa raga demi menebus kembali maruah dan tamaddun kita.

Kita kini sudah 700 tahun kalah. Sama lamanya dengan tempoh kemenangan Islam iaitu 700 tahun yang pertama. Maka abad ini ialah abad penentu, akan terus kalah atau akan bangkit kembali untuk memulakan kemenangan Islam. Untuk lagi sekali jadi penguasa di bumi dan tuan-tuan yang memegang tampok pemerintahan, ekonomi, pelajaran, perhubungan dan segala-galanya?

Ini tidak mustahil. Islam mulanya dagang, akan kembali dagang dan dalam kedagangan ini dia akan menghidupkan kembali kegemilangan yang pernah diciptanya. Tapi. untuk memulakan langkah ini bukan kita orangnya. lman kita,‘ ilmu kita, ekonomi kita, tenaga kita, senjata kita, barangan kita, dan apa juga milik kita terlalu kecil untuk menentang kegagahan musuh-musuh kita. Kita memerlukan seorang yang kalau pun bukan Rasul atau Nabi, (kerana memang untuk kita tidak ada Rasul dan Nabi lagi) tapi seorang yang keupayaannya, imannya, ilmunya, karomahnya (bukan mukjizat), barakahnya dan kepintarannya adalah keupayaan seorang wali besar (sekurang-kurangnya seperti Sayidina Abu Bakar atau Sayidina Umar).

Mungkinkah ini? Ya, mungkin, kerana Quran telah mengisyaratkan kemungkinan ini melalui kisah Thalut dan Jalut. Bani Israel tidak tahan dengan kekejaman Jalut dan penjajah Rom, lalu mengadu pada Allah (melalui Nabi Samuel) akan perlunya untuk mereka seorang pemimpin yang layak untuk menghalau Jalut. Maka Allah terima pengaduan itu dengan memilih Thalut, seorang petani kampung untuk menjadi pemimpin. Seorang yang sungguh tidak diduga dan tidak diharapkan untuk tugas itu. Tapi kemudian Thalut berjaya sekali pun kehadirannya sungguh menimbulkan kontraversi yang besar di kalangan kaumnya, terutamanya orang-orang besar dan orang kenamaannya.

Apa lagi untuk kita, memang sudah dijanjikan seorang pemimpin yang kemampuannya ialah menerangi seluruh dunia dan seluruh manusia dengan lman dan Islam. Maka lagi besarlah harapan kita untuk mengharap dan menanti kedatangannya. Dialah Mujaddid akhir zaman. lmam Sayuti rahimullah berijtihad bahawa tahun kelahirannya ialah 1407 Hijrah. Dan kita kini berada di tahun itu. Kiranya tidak berlaku pun kerana ijtihad bukan mesti tepat, tapi tentu tidak jauh larinya. Ertinya bukan satu kurun lagi. Tentu dalam kurun ini dan tentu di awal kurun, bukan di tengah dan akhirnya, kerana kelahiran mujaddid itu mesti di awal kurun, maksud hadis: “Akan lahir di setiap awal kurun seorang yang akan membaharui ugama.”

Awal kurun ertinya antara 1401 hingga 1425 dan sekarang ialah 1408. Ertinya paling lama ialah 15 tahun lagi. Dan dia akan datang bila-bila masa saja dalam tempoh itu.

Kita umat Islam mesti bersedia untuk menyambut kedatangannya. Macamlah kita bersedia menyambut kelahiran anak yang kita idam-idamkan kelahirannya. Agar bila dia lahir saja dia sudah ada kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan untuk melaksanakan kerjanya. Kita bukan penonton tapi pembantu, seperti Nabi Isa a.s. disambut Hawariyyun dan seperti Rasulullah S.A.W didukung oleh Ansar dan Muhajirin.

Persediaan penting kita bukan harta dan tentera. Tapi adalah taqwa. Hanya taqwa yang boleh menjamin keselamatan kita, sebab pertolongan Allah ialah kerana taqwa dan dengan taqwa kita mudah-mudahan Allah percepatkan kedatangannya.

Prakata


JAHANAMNYA dunia dan manusia hari ini sudah begitu ketara. Sama seperti hancur leburnya manusia dan dunia di zaman jahiliah, zaman sebelum kedatangan Rasulullah. Penyembahan berhala, pemujaan akal fikiran, pemujaaan pemimpin dan pengabdian diri pada nafsu dan syaitan bukan saja di kalangan orang-orang kafir, tapi oleh umat Islam sendiri. Allah S.W.T selaku Tuhan Pencipta alam dikira seperti tidak berfungsi apa-apa malah dibuat semacam tidak ada atau tidak dipeduli.

Syariat Islam langsung tidak diperdulikan lagi, malah dipersendakan sebagai ketinggalan zaman, kolot dan tidak bertamaddun. Bukan saja orang bukan Islam, hatta orang Islam sendiri malu untuk mengaku Islam apa lagi untuk mengamalkannya. Bahkan ulama-ulama pun ada yang malu hendak lahirkan Islam. Maka terjadilah di seluruh dunia kini manusia sedang menyembah nafsu. Arak jadi minuman ringan, judi jadi mainan, zina dan rogol jadi satu sukan, penjajan seks oleh wanita lumrah dilakukan, nyawa dan darah manusia diperdagangkan, gila kuasa dan gila harta dianggap hobi yang diperlumbakan, peperangan jadi kemestian dan semuanya sedang berarak membawa dunia menuju kepada kehancuran tamaddun dan kemuliaan manusia.

Siapa yang dapat diharapkan untuk menyelamatkan kembali dunia ini? Yang mampu mengalih dunia dan manusia agar kembali pada tamaddun kemanusiaan dan kemuliaan? Agar semuanya kembali sujud pada Allah, hidup aman damai, berkasih sayang, berlumba-lumba berbuat kebaikan mencari keredhaan Allah dan kebahagiaan di akhirat, membanyakkan ibadah, sedekah, pemurah, zuhud, merendah diri, berbaik sangka, bantu membantu dan lain-lain akhlak yang mulia. Agar peperangan dapat dihentikan, jenayah dapat dibendung, zina dan rogol serta kelahiran anak haram dapat dihapuskan. Agar judi dibenci, arak dan dadah dibuang jauh-jauh, berhala dan patung dimusnahkan, riba dan rasuah dihindarkan, tipu dan belit ditamatkan dan agar perempuan jadi suri-suri yang sopan, malu serta bertanggunhjawab membangunkan ummah.

Siapa yang mampu memikul beban berat ini? Sedangkan pendokong-pendokong kedurjanaan itu menggunakan segala kemodenan sains dan teknologi untuk menjayakan usaha jahat mereka. Atom dan nuklear jadi ancaman pada siapa yang mahu angkat kepala depan mereka. Sementelahan pula tabung ekonomi dunia berada dalam tangan mereka, yang mana umat Islam, untuk dapat sebuah rumah pun terpaksa berulang alik mengemis mengharapkan kasihan belas dari mereka. Sebenarnya umat Islam sedang bergelut ketakutan di pangkuan musuh-musuh Allah itu. Siapa yang layak untuk menentang gergasi dunia kini dan membawa manusia kembali kepadaTuhan?

Kalau bolehlah manusia Muhammad Rasulullah itu datang lagi, tentulah dia yang akan bangun. Dialah yang layak untuk memulakan kembali revolusi tauhid pada dunia ini. Tapi sayang, dia sudah tiada. Walhal kiranya seratus tahun saja lagi dunia ini dibiarkan begini, kita takut bahawa nanti langsung tiadanya orang yang menyebut Allah di bumi ini. Manusia akan terus berbunuh-bunuhan dan terus bergelumang dalam keji dan mungkar.

Tuhan,
Dada bumi mengharapkan
Tibanya tangkisan ghaib dari udara,
turunnya tangan kuat
yang kuasa menyapu kegelapan
dan mengangkat kaum-kaum yang lemah.

Allah S.W.T. tentu tidak mensia-siakan harapan ini. Seperti mana tersebut dalam sejarah bahawa apabila telah rosak manusia-manusia di satu zaman, maka Allah pun mengutuskan orang-Nya untuk membetulkan keadaan. Sekali pun Nabi penutup (Khatimul Anbiya’) sudah lahir dan sudah wafat, ertinya selepas itu mustahil ada nabi lagi, tapi cuba lihat sabda Rasul ini:


Ertinya: Allah akan mengutuskan setiap di awal kurun orang yang membaharui urusan agama.

Apa yang dimaksudkan ialah di setiap seratus tahun Allah akan mengutuskan seorang hamba-Nya ke dunia, yang tugasnya ialah menghidupkan kembali ajaran Islam untuk kurun itu. Sesuai dengan tugasnya maka orang-orang itu disebut MUJADDID. Empat belas abad sudah berlalu (selepas hijrah Rasul). Ertinya sudah empat belas orang mujaddid lahir ke dunia. Kita kini berada di awal kurun ke lima belas. Maka untuk kita juga akan lahir seorang mujaddid.Orang inilah yang kita tunggu-tunggu, yang akan menyapu bersih segala zulmat dan menerangkan dunia dengan cahaya Ilahi. Kita wajib percaya malah patut menunggununggu ketibaannya. Malah bersedia untuk bersamanya membaiki dunia dan manusia seluruhnya.

Siapa mujaddid kurun ke. 15? Itulah persoalan penting buku saya ini. Sudah lahirkah dia? Kalau sudah siapa orangnya dan kalau belum, bilakah kelahirannya? Seberapa daya, saya akan memperjelaskannya. Sepanjang buku ini anda akan mengembara bersama saya memikirkan kemungkinan-kemungkinan tersebut. Barangkali terlalu awal untuk kita memikirkannya, tapi tentu bukan satu kesalahan. Malah kalau ianya satu kebenaran, maka kita akan jadi orang-orang awal yang menerima dan meyakini kebenaran ini. Kiranya tidak tepat, sekurang-kurangnya idea ini membantu anda untuk mencari yang lebih tepat.

Allahlah yang telah mengizinkan saya untuk mempersembahkan buku ini pada saudara. Diberi-Nya kesihatan badan dan akal fikiran, kelapangan masa serta sedikit ilmu pengetahuan untuk menyiapkan buku ini. Mudah-mudahan memberi faedah pada bangsaku, bangsa Melayu dan umat Islam seluruhnya. Mudah-mudahan bertambahlah lagi khazanah atau perbendaharaan ilmu pengetahuan kita.

Moga-moga Allah terima amalanku ini sebagai amalan yang ikhlas. Diberi-Nya taufik dan hidayah serta diampunkan sekiranya terdapat Huzuzhun nafsi, yakni mazmumah yang datangnya ke dalam hati seperti desiran semut, susah untuk dikesan dan susah untuk dibuang.

Pahala dari ibadah ini, ya Allah, hamba persembahkan pada Allahyarhamu huma dua ibu bapaku yang tercinta, juga guru-guruku yang kukasihi yang telah mendidik aku serta mereka yang pernah berjaya padaku.

Hendaknya jadilah amalan ini amal solehku dan menfaatnya adalah untuk kita bersama.

Hamba yang hina lagi dhaif,

ASHAARI MUHAMMAD.

Tuesday, June 8, 2010

Hukum Akal


Sesungguhnya tiap-tiap seorang yang hendak mengenal ALLAH Taala dan mengetahui sifat-sifat-Nya maka wajiblah lebih dahulu ia mengetahui akan hukum akal dan bahagiannya, kerana ia jadi neraca bagi hendak menghukumkan sifat-sifat Tuhan yang diperintahkan mengenal itu. Sekalipun permulaan wajib atas tiap-tiap mukallaf mengenal Tuhan tetapi permulaan wajib untuk mengenal sifat-sifat Tuhan itu ialah mengetahui hukum-hukum akal.


Pengertian Hukum Akal

Hukum akal itu ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikan suatu perkara daripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak kepada dicuba pada menetapkan sesuatu perkara itu (bersalahan hukum 'adi yakni adat) dan tidak tergantung kepada sesuatu perbuatan yang diperbuat oleh mukallaf (yang bersalahan hukum syarii).


Pengertian Akal

Adalah akal itu satu sifat yang dijadikan Tuhan pada manusia sehingga dengan dia terbeza manusia daripada haiwan. Maka dengan dialah boleh menerima alam nazariah - (pengetahuan yang berkehendak fikir) dan boleh mentadbirkan segala-gala pekerjaan dengan fikiran yang halus-halus dan yang sulit-sulit dan daripadanya tempat terbit dan terpancar berbagai-bagai manfaat dan kebahagiaan bagi manusia. Tetapi kiranya akal itu bersendirian maka tidak akan dapat akal sejahtera, akal waras dan akal sihat melainkan berpandu kepada undang-undang syarak, demikian juga undang-undang syarak tidak boleh berjalan mengikut yang dikehendaki melainkan berhajat kepada akal. Walhasil antara kedua-duanya itu berlaziman dan berhajat antara satu dengan yang lain (akal berhajat kepada syarak dan syarak berhajat kepada akal).

SETIAP mukallaf itu wajib mengenal ALLAH SWT. Ia merupakan perkara yang terawal sekali di dalam agama. Sebab itu dikatakan, Awaluddin makrifatullah iaitu “Awal-awal agama itu mengenal ALLAH”.


Cara Mengenal ALLAH SWT

Cara mengenal ALLAH SWT bukanlah dengan melihat dan sebagainya kerana ALLAH SWT itu Maha Suci daripada menyerupai segala yang baharu segala makhluk.ALLAH SWT tidak berbentuk, tidak berupa, tidak terjadi daripada jirim, tidak mengambil tempat atau ruang, serta tidak berpihak seperti tidak di atas, tidak di bawah dan tidak di mana-mana. Kerana itu, ALLAH SWT tidak dapat dilihat dengan mata kepala, tidak dapat dipegang dan tidak dapat dirasa. Jadi, kita tidak boleh mengenal ALLAH dengan cara itu.

Cara untuk mengenal ALLAH SWT ialah dengan mengetahui sifat-sifat-Nya.Dan apabila telah kita ketahui sifat-sifat ALLAH itu, dapatlah kita mengenal zat ALLAH SWT hingga dapat kita membezakan zat Khaliq (Tuhan) dengan zat makhluk.Dan cara hendak mengenal ALLAH melalui sifat-sifat-Nya itu ialah dengan menggunakan akal.

Sebab itu, seorang mukallaf yang wajib mengenal ALLAH itu ialah seorang yang sudah berakal kerana akal fikiran penting untuk mengenal Tuhan dengan mengetahui sifat-sifat-Nya. Dengan akal itu nantilah kita akan dapat membezakan di antara sifat Tuhan dengan sifat makhluk. Dan oleh itu, seseorang itu tidak akan dapat mengetahui ALLAH dengan sebenar-sebenarnya kalau dia tidak mengetahui hukum akal. Jadi, wajiblah kita mengetahui hukum akal ini kerana ia ibarat neraca bagi membezakan antara zat ALLAH SWT dengan zat makhluk.

Oleh itu, di sini kita akan membahas dan memperkatakan tentang akal, pengertian akal, serta hukum akal. Ia merupakan perkara yang amat penting dalam ilmu tauhid. Selain hukum akal, dalam ilmu tauhid juga terdapat dua jenis hukum lagi iaitu hukum adat dan hukum syarak. Kedudukan tiga jenis hukum ini berbeza-beza antara satu dengan yang lain.


Mengapa kita katakan wajib untuk mengetahui hukum akal itu?

Dalam syariat atau perundangan Islam, terdapat kaedah feqah atau qawa’idul fiqh yang menetapkan bahawa kalau perjalanan menuju ke satu-satu matlamat itu wajib, maka menempuh jalan-jalan yang membawa ke matlamat itu dikira wajib juga.

Untuk memahaminya, kita perhatikan satu contoh. Bagi mendirikan sembahyang, kita wajib berwudhuk dengan air. Katakanlah kita berada di satu kampung yang tidak terdapat sumber air semulajadi seperti air perigi, air mata air, sungai, laut, dan sebagainya.Dan satu-satunya jalan yang mudah untuk mendapatkan air ialah dengan menggali perigi. Maka menggali perigi itu hukumnya wajib. Inilah yang dimaksudkan dengan kaedah feqah tadi: Sebagaimana satu-satu matlamat itu wajib, menempuh jalan-jalan untuk menuju ke matlamat itu juga wajib.

Dan begitulah dengan kaedah mengenal ALLAH SWT. Hukum mengenal ALLAH itu wajib, malah ia diletakkan pada tempat yang pertama dan utama dalam ajar-an Islam. Seseorang itu tidak akan dapat mengenal ALLAH dengan setepat-tepatnya kalau dia tidak mengetahui hukum akal. Dengan mengetahui hukum akal, ia menjadi sebab untuk kita mengenal ALLAH SWT. Oleh itu, mengetahui hukum akal itu wajib.

Apakah takrif hukum akal Hukum akal ialah menetapkan sesuatu perkara kepada suatu perkara yang lain, atau menafikan suatu perkara daripada perkara yang lain. Dan dalam menetapkan sesuatu hukum itu, ia tidak berkehendakkan kepada dicuba.

Misalnya, dua campur dua, empat. Dalam hal ini, akal menetapkan dua campur dua itu sama dengan empat. Begitu jugalah dalam hal-hal lain yang seumpama ini. Akallah yang menetapkan satu-satu hukum itu, bukan adat dan bukan juga syarak.

Apabila hukum itu ditetapkan oleh syarak, ia bersumberkan Al Quran dan hadis. Tetapi dalam hal-hal seperti tadi, akal saja yang menetapkannya.

Satu contoh yang lain ialah, seorang anak itu tidak boleh menjadi lebih tua daripada ayahnya dalam masa yang sama. Atau dengan kata-kata lain, seorang anak itu tidak boleh lebih dahulu daripada ayahnya. Hukum seperti ini hanya ditetapkan oleh akal. Akal kita mengatakan bahawa seorang ayah itu pasti lebih tua daripada anaknya.

Contoh lain, setiap jirim ataupun benda mempunyai sifat-sifat yang mendatang, termasuk sifat-sifat yang berlawanan antara satu dengan yang lain. Umpamanya sifat gerak dan sifat diam. Setiap benda atau jirim boleh bergerak atau digerakkan, dan boleh diam atau didiamkan.

Tangan kita misalnya, adalah satu jirim atau benda, dan ia boleh bergerak dan boleh diam. Sifat gerak dan diam itu dua sifat yang berlawanan. Menurut hukum yang telah ditetapkan oleh akal, dua sifat yang berlawanan ini tidak boleh terjadi serentak dalam satu ketika. Ertinya, tangan kita ini tidak boleh bergerak dan diam dalam satu masa yang sama.

Kita boleh gerakkan tangan kita dan kita boleh diamkan ia. Boleh jadi selepas kita gerakkan, kita diamkan ia, atau selepas ia diam kita gerakkan. Untuk kita gerakkan dan kita diamkan tangan kita serentak, tentu tidak boleh. Begitu juga diri kita ini, tak boleh kita lakukan gerak dan diam serentak.

Contoh sifat berlawanan yang lain ialah malam dan siang. Mana boleh malam dan siang itu berlaku dalam masa yang sama. Ia belum pernah terjadi. ‘Dan begitulah seterusnya dengan sifat-sifat berlawanan yang lain. Tidak akan berlaku sifat-sifat berlawanan itu serentak dalam satu jirim.

Yang boleh berlaku ialah secara bergilir-gilir.Di antara gerak dan diam misalnya, boleh jadi gerak berlaku dahulu kemudian baru diam, atau boleh jadi diam berlaku dahulu kemudian baru gerak. Begitu juga antara siang dengan malam boleh jadi siang berlaku dahulu, kemudian baru malam, atau malam dahulu kemudian baru siang. Semua ini, akal yang menetapkannya, bukan adat dan bukan syarak. Ini yang dikatakan hukum akal.

Untuk lebih jelas, kita turunkan satu contoh lagi.Akal telah menetapkan bahawa dua atau tiga dan sebagainya lebih banyak daripada satu. Dan satu itu kurang daripada dua atau tiga, dan sebagainya. Akal telah menetapkan demikian dan sekali-kali akal tidak boleh menerima yang satu itu lebih daripada dua atau tiga dan sebagainya.

Kemudian, hukum akal ini tidak perlu dicuba-cuba. Umpamanya, hukum akal yang menetapkan bahawa ayah itu lebih tua daripada anak, tidak perlu dicuba-cuba seperti kita banding-bandingkan antara anak dan ayah. Tak perlu dibuat demikian kerana secara spontan akal menerima bahawa anak itu lebih muda daripada ayah, atau ayah itu lebih tua daripada anak. Jadi, hukum akal yang menetapkan bahawa ayah itu lebih tua daripada anak tak perlu dicuba-cuba.


Hukum Adat

Yang berkehendak kepada dicuba-cuba ialah hukum adat.Setelah dicuba-cuba ratusan kali, ribuan kali dan sebagainya, begitu juga yang terjadi. Dan setelah diperhati-hatikan begitu yang terjadi. Seperti misalnya, api itu membakar. Dari dahulu hinggalah sekarang, api itu kita dapati tetap membakar. Sudah begitu adatnya. Tidak pernah kita lihat yang api tidak membakar. Dan yang menetapkan api itu membakar bukan akal tetapi adat. Bukan juga syarak.

Kita tidak jumpa di dalam Quran dan hadis, nas yang mengatakan bahawa api wajib membakar. Syarak tidak mengatakan demikian. Apa yang kita dapati di dalam syariat, tiap suatu yang ada ini tidak boleh memberi bekas melainkan ALLAH SWT.Sebab itu, dari segi syariat, api tidak boleh memberi kesan bakar kalau tidak dengan izin ALLAH SWT. Jadi, dari segi syariat, bukan api itu yang menyebabkan terbakar. Ia hanya menjadi sebab sahaja. Iaitu, sebab terbakar itu kerana api. Sudah demikian ALLAH hendak jadikan sesuatu itu; mesti ada sebab-sebabnya.

Tetapi, pada adat, api itu pasti membakar. Sudah puluhan malah ribuan tahun dapat disaksikan bahawa api itu pasti membakar. Yang menetapkan ini ialah adat, bukan akal dan bukan juga syariat.Kalaulah akal yang menetapkan api itu pasti membakar, tentu ia dapat disalahkan kerana di dalam sejarah, kita telah saksikan bahawa Nabi Ibrahim yang dilontarkan ke dalam api yang panas membara yang disediakan oleh Namrud dan rakyatnya, tidak pun hangus. Malah, yang dirasakanoleh Nabi Ibrahim adalah sejuk dan dingin sahaja. Jadi, tidak tepatlah kalau akal mengatakan yang setiap api itu membakar. Lebih-lebih lagi pada zaman ini, kita dapat saksikan ada orang boleh berjalan di atas api, seperti dilakukan oleh orang-orang beragama hindu dan buddha.

Ertinya, kita dapat saksikan bahawa api itu tidak membakar dalam dua keadaan. Pertama, dalam riwayat Nabi Ibrahim a.s., api tidak membakarnya dengan kekuasaan ALLAH SWT sebagai limpahan rahmat-Nya ke atas baginda. Kedua, orang-orang beragama hindu dan buddha dapat berjalan di atas api yang tidak membakar, secara istidraj atau secara penipuan daripada syaitan.

Dengan ini menunjukkan bukan api yang memberi bekas tetapi adat telah menghukum atau menetapkan yang setiap api itu membakar. Sebab, sudah ribuan tahun diperhatikan demikian, serta sudah menjadi kebiasaan dan pengalaman manusia, setiap api itu membakar. Dalam hal ini, adat yang menghukumnya.

Jadi, kembali kita kepada penetapan hukum daripada akal tadi, ia tidak perlu dicuba-cuba. Akal menetapkan sesuatu itu berlaku bukan hasil daripada pengalaman atau kajian manusia, tetapi secara spontan.

Kemudian, apa yang dapat kita fahamkan lagi daripada hukum akal ini ialah, tidak ada hubungan di antara hukum yang telah ditetapkan oleh akal dengan perbuatan seseorang mukallaf. Yang menetapkan sesuatu perkara itu ada hubungan dengan perbuatan mukallaf ialah syarak.

Misalnya, apabila seorang mukallaf hendak makan, kita dapat perhatikan bagaimana syariat menetapkannya. Dalam hal berpakaian juga, syarak menetapkan hukum-hukumnya. Begitu juga dalam perbuatan bergaul, syarak ada menetapkan hukum-hukumnya.

Jadi, kalau sesuatu hukum itu ada hubungannya dengan perbuatan mukallaf, ia bukan ditetapkan oleh akal atau adat, tetapi oleh syarak. Sebab, syariat atau undang-undang daripada ALLAH yang disampaikan kepada Rasulullah SAW itu, merangkumi segala perbuatan yang berlaku kepada mukallaf. Ia mengatur seluruh perbuatan mukallaf, daripada perbuatan yang kecil hinggalah kepada perbuatan yang sebesar-besarnya. Hatta perbuatan gerak hati seseorang itu pun diatur oleh syariat.


Keistimewaan Akal

Seterusnya, yang perlu kita ketahui tentang hukum akal ialah bahawa akal itu satu sifat yang ALLAH SWT jadikan pada manusia. Ia ALLAH letakkan pada otak manusia dengan segala ciri yang istimewa. Dengan adanya sifat ini, terbezalah manusia itu daripada makhluk-makhluk lain seperti haiwan. Dalam ertikata yang lain, dengan adanya akal, termulialah manusia ini dibandingkan dengan makhluk lain di muka bumi Tuhan ini.

Di antara yang menjadikan istimewa dan mulianya kehidupan manusia ini dibandingkan dengan haiwan ialah, dengan adanya akal, manusia boleh membangunkan kemajuan dan boleh melahirkan kehidupan yang bertamadun. Haiwan yang tidak dibekalkan oleh ALLAH SWT dengan akal, tidak boleh meningkatkan car-a hidupnya. Sebab itulah haiwan tidak mempunyai kebudayaan. Cara hidup haiwan adalah mengikut tabiat semula jadinya, sejak ia mula dicipta oleh Allah. Cuma kita tidak mengetahuinya kerana tidak ada diceritakan di dalam kitab-kitab. Dan kita juga tidak tahu bila ia bermula. Bagi manusia, kita tahu ia bermula daripada Nabi Adam as.

Cara hidup haiwan bermula sejak ia dijadikan. Misalnya, bagaimana kehidupan datuk nenek ayam itik yang mula-mula dahulu, begitulah kehidupan seluruh ayam ataupun itik yang ada hari ini; tidak berubah-ubah dan tidak meningkat-ningkat. Ayam itik tidak boleh membuat perubahan hidup kerana ia tidak berakal. Kalau ayam itu tidak dibuatkan rumah atau reban oleh tuannya, tidak berumah atau berebanlah hidupnya. Dan begitulah juga dengan haiwan-haiwan lain.

Berbeza halnya dengan manusia. Dengan adanya akal, manusia boleh berkebudayaan dan bertamadun. Manusia boleh membuat perubahan dan peningkatan hidupnya dari satu masa ke satu masa.Jadi, akal begitu berperanan sekali kepada manusia, malah mempunyai peranan yang cukup utama yang meletakkan kemuliaan manusia itu sendiri. Sebab itu, Allah mengingatkan kita di dalam Al Quran tentang peranan akal. Firman Allah:



Terjemahannya: Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna ke atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. (Al Israk: 70)

Di dalam ayat di atas, Allah menyatakan kepada kita betapa Allah telah memuliakan anak cucu Nabi Adam iaitu manusia, yang diberi kelebihan-kelebihan berbanding dengan makhluk lain ciptaan ALLAH. Manusia telah dibekalkan oleh ALLAH SWT dengan akal hingga ALLAH menyerahkan daratan dan lautan untuk dikuasai oleh mereka.

Dengan akal, manusia telah dapat membongkar segala khazanah di dalam lautan, daripada ikannya, mutiaranya, berliannya, hinggalah kepada minyak galiannya dan bermacam-macam khazanah lagi. Malah manusia juga telah dapat menggunakan laut untuk memudahkan kehidupan. Misalnya, manusia telah menghasilkan kapal yang bergerak di permukaan laut, dan kapal selam yang boleh bergerak di dalam laut seperti ikan.

Akal fikiran yang ada pada manusia seterusnya telah membolehkan manusia menguasai angkasa lepas.Ertinya, bukan saja lautan, malah daratan ‘dan seluruhnya juga telah Allah serahkan kepada manusia. Dengan penguasaan manusia di bidang angkasa lepas, hari ini sudah ada manusia yang sampai ke bulan.Semua keupayaan dan kemampuan ini bukan disebabkan oleh kekuatan fizikal atau kekuatan lahir manusia, tetapi disebabkan kekuatan tenaga berfikir. Ini ternyata sekali berlaku di kalangan manusia di Barat sana.

Orang-orang Barat mengasah sungguh-sungguh tenaga fikir mereka hingga membolehkan mereka mencipta berbagai-bagai perkara seperti radio, televisyen, kapal terbang, kapal angkasa dan lain-lain. Mereka tumpukan sungguh-sungguh kepada penggunaan akal fikiran mereka hinggakan kita dapati mereka tidak sempat untuk memikir fasal Tuhan.Setiap saat mereka berfikir dengan akal hingga mereka lupa kepada Maha Pencipta, yang memberi mereka akal itu. Ini yang malangnya.

Jika dibandingkan dengan umat Islam, walaupun kita tidak mengasah sungguh-sungguh kekuatan akal fikiran ini, tetapi tidaklah sampai kita melupakan Tuhan. Tidaklah sampai kita kufur, ingkar dan berbuat mungkar. Sedangkan mereka terus khayal dengan kekuatan akal fikiran mereka hingga mereka kufur dan ingkar kepada ALLAH SWT. Cuma, oleh kerana mereka tumpukan sungguh-sungguh kepada akal fikiran mereka itu, mereka lebih maju daripada kita.


Apakah umat Islam mahu rnengejarkan dunia seperti mereka?

Kalau mahu, caranya amat mudah sekali. Buatlah seperti yang mereka buat iaitu asah sungguh-sungguh akal fikiran kita dan lupakan terus ALLAH SWT. Tapi ingat, Neraka ALLAH akan menanti kita. Sebab itulah, ALLAH juga mengingatkan kita dalam Al Quran, supaya kita jangan berkecil hati dengan Allah atau terpengaruh dengan orang-orang bukan Islam itu. Firman ALLAH:



Terjemahannya: Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. (At Taubah: 85)

Dalam ayat ini, kita dapat fahamkan bahawa ALLAH memang sengaja melebihkan orang-orang kafir itu dari segi kemajuan fizikal, dengan tujuan untuk menguji umat Islam - sejauh mana mereka boleh mengingati ALLAH serta mengikut perintah-Nya.

Tetapi kalau umat Islam tidak tahan diuji, dia akan terpesona melihat serba majunya perniagaan, ekonomi, perdagangan dan lain-lainnya pada orang-orang kafir.Dia akan berlumba-lumba dengan orang kafir untuk mencapai segala kemajuan yang mereka capai. Andainya mereka maju dalam bidang sains dan teknologi, umat Islam pun mengejar kemajuan itu; konon mahu seganding dengan orang kafir. Akhirnya, umat Islam pun melupakan ALLAH sebagaimana orang-orang kafir melupakan ALLAH .


Umat Islam Boleh Buru Kemajuan?

Oleh itu, umat Islam boleh mencari kemajuan walau dalam bidang apa sekalipun, tetapi jangan sampai lupa kepada ALLAH SWT.Carilah ilmu pengetahuan, kekayaan dunia, kemajuan ekonomi dan sebagainya tapi jangan sampai meninggalkan sembahyang, mengabaikan ilmu fardhu ain, tidak menutup aurat dan sebagainya.

Tidak salah berfikir fasal dunia, asalkan tidak melupakan ALLAH. Ertinya, di samping memikirkan dunia, umat Islam tidak harus melupakan ALLAH. Oleh itu, tentulah tidak sama pencapaiannya dengan orang-orang kafir yang menumpukan sepenuh usaha dan ikhtiar kepada dunia. Dan kerana itu juga, janganlah umat Islam berkecil hati dengan ALLAH kerana sudah demikian janji ALLAH.

Jadi, umat Islam tidak boleh meniru kemajuan orang-orang kafir. Cukuplah kita mencapai sekadar yang boleh kita capai mengikut kemampuan dan keupayaan kita, asal kita boleh hidup, boleh beribadah kepada ALLAH, boleh selamatkan iman, dan boleh mengelakkan kemungkaran dan maksiat.

Kalau umat Islam hendak berusaha juga sehingga mencapai kemajuan sepertimana yang dicapai oleh orang-orang kafir itu, ertinya umat Islam hendak lari daripada mengingati ALLAH; itu yang sebenarnya. Dan akibat daripada itu, ALLAH sediakan azab di Neraka, kerana orang-orang kafir itu tidak pernah memikirkan kehidupan Akhirat. Cuba kita lihat apa firman ALLAH mengenai mereka. Firman ALLAH:



Terjemahannya: Kami telah masukkan kebanyakan jin dan manusia ke dalam Neraka Jahanam itu, yang mana mereka itu ada hati tetapi tidak mahu memahami, ada mata tetapi tidak mahu melihat dan ada telinga tetapi tidak muhu mendengar. Maka mereka itu sama seperti binatang-binatang ternakan, bahkan lebih sesat daripada itu. (Al A’raf 179)

Di sini jelas ALLAH menggambarkan kepada kita betapa kebanyakan manusia dan jin, ALLAH masukkan ke dalam Neraka Jahanam kerana mereka ada mata tetapi tidak melihat kebenaran, ada akal tetapi tidak digunakan untuk memikirkan kebenaran dan ada telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar kebenaran.
Taraf mereka sama seperti binatang-binatang ternakan.

Mengapa ALLAH menyamakan mereka dengan binatang ternakan seperti ayam, itik, kambing, kerbau, lembu dan sebagainya. Mengapa ALLAH tidak menyebut binatang sahaja?

Semua binatang, sama ada liar ataupun diternak, sama-sama tidak ada akal. Tetapi binatang liar lebih * merdeka atau lebih bebas berbuat sekehendak hati mereka. Misalnya, binatang liar bebas mencari makanan sendiri, tidak seperti binatang ternak yang terpaksa bergantung kepada tuannya. Kalau tuannya tidak memberi dia makan, tidak makanlah dia. Jadi, di antara keduadua jenis binatang ini, kehidupan binatang liar lebih baik kerana mereka ada kebebasan. Kalau ALLAH ibaratkan orang-orang yang ingkar atau orang-orang kafir itu seperti binatang ternakan, maknanya mereka langsung tidak ada kebebasan.

Tidak bebasnya mereka itu kerana, mata mereka tidak boleh melihat, akal mereka tidak boleh berfikir, dan telinga mereka tidak boleh mendengar. Ertinya, keadaan mereka terkongkong sama sekali. Mereka langsung tidak mendapat kebenaran; tidak boleh melihat yang mana salah, yang mana benar, tidak boleh memikirkan yang mana salah, yang mana benar, dan tidak boleh mendengar yang mana salah dan yang mana benar. Mereka dikongkong oleh hawa nafsu. Dengan kata lain, mereka menjadikan diri mereka hamba kepada hawa nafsu hingga menyebabkan mereka berpaut semata-mata kepada hawa nafsu itu, tidak kepada ALLAH SWT.

Jadi, padan benarlah kalau ALLAH samakan mereka itu dengan binatang ternak kerana binatang ternak terpaksa bergantung kepada tuannya, tidak bebas mengikut sekehendak hati.


Mengapa lebih sesat daripada binatang?

Sudahlah disamakan dengan binatang ternak, mereka disebut pula oleh ALLAH sebagai lebih sesat daripada binatang. Mengapa? Sebabnya, binatang itu oleh kerana tidak ada akal, tidak dapat dipimpin kepada kebaikan. Yang ada pada binatang hanya nafsu. Oleh itu, apa yang dilakukan oleh mereka kejahatan sahaja. Ertinya, unsur-unsur kebaikan langsung tidak ada pada binatang-binatang. Tetapi unsur kejahatan ada pada mereka kerana mereka ada nafsu. Sebab itulah binatang hanya terdorong untuk buat jahat.

Tidak ada sesuatu yang boleh mengawal binatang, disebabkan ia tidak ada akal. Kalau ia ada akal, syariatlah yang boleh mengawalnya.

Cuma, walaupun binatang hanya tahu berbuat jahat, perbuatan mereka masih terbatas. Umpamanya, kalau seekor tikus itu mencuri padi, ia tidak membawanya balik. Ia makan di tempat itu sampai kenyang. Lepas itu, baru dia balik. Begitu juga kalau kambing masuk ke kebun orang, ia makan sampai kenyang di situ juga. Bila sudah kenyang, baru ia balik. Tidak ada satu benda pun yang dibawa lari dari kebun orang itu.

Begitu juga kalau binatang-binatang bergaduh, mereka tidak bermesyuarat, berbincang dan mengatur strategi bagaimana hendak bergaduh. Selain itu, bila binatang bergaduh, dia tidak ‘tahu hendak membela diri dengan meminta bantuan binatang-binatang lain. Binatang yang bergaduh itu saja yang terlibat. Yang lain, buat tak tahu saja. Tidak seperti manusia, kalau bergaduh, dia mengatur strategi. Kemudian dia mengajak orang lain berpakat bagaimana hendak mengalahkan musuhnya.

Ertinya, di kalangan manusia, daripada seorang saja yang bergaduh, berpuluh-puluh malah ribuan orang lain terlibat sama. Satu negara boleh turut berperang kalau dua pemimpin negara bergaduh dan berselisih faham. Jadi, banyaklah kerosakan yang dibuat oleh manusia. Sebab itulah, manusia yang tidak menggunakan akal dan telinga, lebih sesat dan lebih berbahaya lagi daripada binatang-binatang ternak.


Akal Dorong Nafsu Buat Maksiat?

Oleh kerana manusia ini ada akal di samping ada nafsu yang mendorong dia berbuat maksiat, kemudian akal tidak pula digunakan untuk menerima kebenaran, maka akal membantu lagi nafsu itu mendorong dia berbuat maksiat. Ertinya, manusia lebih cepat lagi berbuat maksiat daripada binatang yang hanya mempunyai nafsu tetapi tidak mempunyai akal itu.


Bagaimana akal membantu nafsu mendorong manusia membuat kejahatan?

Tentulah dengan cara merancang atau mengatur bagaimana hendak melakukan kejahatan itu dan sebagainya.Jadi, munasabah benarlah ALLAH menyebut bahawa manusia yang mempunyai nafsu demikian lebih sesat lagi daripada binatang ternak.

Sebaliknya, kalau manusia boleh menggunakan akalnya sungguh-sungguh disebabkan akal manusia itu sifat semulajadinya memang baik, dan kalaulah kebaikan itu dipandu oleh syariat, kadang-kadang seseorang itu boleh mencapai taraf malaikat. Darjat dan kerohaniannya boleh sampai kepada tahap malaikat. Itulah yang berlaku kepada para rasul, para anbia dan para aulia besar.


Peranan Akal

Begitulah peranan akal yang jika digunakan sungguh-sungguh, membolehkan manusia mendapat manfaat daripadanya. Dia boleh menjadi lebih mulia daripada makhluk yang lain.

Di samping itu, manusialah yang boleh menerima pengetahuan-pengetahuan yang memerlukan kepada berfikir, Ilmu-ilmu itu, kalau tidak difikirkan, tidak akan dapat diperolehi. Tetapi oleh kerana manusia ada akal, dia boleh memikirkan ilmu-ilmu pengetahuan itu.

Kerana itu, hari ini bermacam-macam ilmu pengetahuan yang telah diperolehi manusia seperti ilmu alam, ilmu hisab, ilmu sains dan teknologi, ilmu kajibumi, ilmu psikologi, dan bermacam-macam ilmu pengetahuan lain. Kalau tidak ada akal, manusia tidak mungkin memperolehi semua ilmu itu.

Kemudian, dengan akal itu pula manusia boleh memikirkan kerja-kerja yang sulit dan yang halus. Apa saja pekerjaan dapat ditadbir dan disusun oleh manusia dengan sebaik-baiknya.

Jadi, kita dapati, daripada akal itu terbitnya segala manfaat dan kebajikan yang semua itu akan memberikan kebahagiaan kepada manusia. Walau bagaimanapun, syaratnya manusia mestilah dapat menggunakan akalnya itu dengan sebaik-baiknya dengan dipandu oleh syariat. Kalau tidak, disebabkan oleh akal, manusia boleh rosak binasa.

Samalah seperti peranan senjata api, ia boleh memberi manfaat kepada kita dengan syarat kita pandai menggunakannya. Misalnya, kalau datang musuh, perompak dan sebagainya, kita boleh mempertahankan diri dengan senjata api. Tetapi kalau kita tidak pandai menggunakannya, ia boleh merosakkan kita. Setengah-setengah orang membunuh diri dengan senjata apinya sendiri.

Begitulah dengan akal, kalau manusia menyalahgunakannya, rosaklah muka bumi ini, dan binasalah kehidupan manusia seluruhnya. Wujudlah huru-hara di atas bumi ALLAH ini, dan akan terjadilah sebagaimana yang ALLAH gambarkan:


Terjemahannya: Akan lahirlah kerosakan di daratan dan di lautan akibat daripada usaha manusia itu sendiri(Ar Rum: 41)


Sifat Semulajadi Akal

Kemudian, walaupun akal itu sifat semulajadinya ALLAH jadikan baik, tetapi ada juga kebaikan-kebaikan yang tidak mampu difikirkan oleh akal. Dalam hal ini, Allah bantu kekuatan akal itu dengan memberi syariat kepada manusia melalui para rasul.

Kalau hanya dengan kekuatan akal saja, manusia tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang halal dan mana yang haram, mana yang sah dan mana yang batal, dan sebagainya. Ia perlu kepada satu kekuatan lain iaitu kekuatan syariat. Akal mesti disuluh oleh syariat. Barulah ia dapat memandu manusia kepada kesejahteraan dan keselamatan di dunia dan juga di Akhirat.

Kalau akal dibiarkan bersendiri, tanpa dibimbing oleh syariat, ia akan sesat. Akal ini akan mengeluarkan peraturan bagi manusia.Dari situlah timbulnya ideologi atau isme yang ada pada hari ini seperti komunisme, kapitalisme, sosialisme, dan sebagainya. Ideologi atau isme-isme ini akhirnya bertindak sebagai ‘syariat’ kepada manusia di seluruh dunia, dan manusia mengenepikan syariat yang sebenar daripada ALLAH SWT. Maka. rosaklah alam, rosaklah muka bumi Tuhan ini.

Buktinya, hari ini saja, manusia tidak pernah hidup aman damai kerana kehidupan mereka dikawal oleh isme-isme yang lahir daripada otak manusia. Di mana-mana saja sudah tercetus pergaduhan dan peperangan.Tidak ada siapa pun boleh menyelesaikannya, hatta tempat rujuk semua negara sekalipun iaitu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kadang-kadang merujukkan kehidupan manusia kepada pertubuhan itu, umpama kita berhakim kepada beruk.

Jadi, walaupun tabiat semulajadi akal kita ini baik, ia masih perlu dipimpin oleh syariat supaya apa yang lahir daripada akal itu benar-benar dapat memimpin manusia kepada keselesaan hidup di dunia dan keselamatan hidup di Akhirat.

Akal tidak boleh dibiarkan bersendirian kerana tidak semua kebaikan mampu difikirkannya. Sejarah ahli-ahli falsafah atau ahli-ahli fikir zaman dahulu membuktikan hal ini. Soctrates, Plato dan lain-lainnya, terbukti tidak mampu memikirkan perkara-perkara yang lebih halus dan rumit dalam hal-hal kebenaran. Ini kerana kebenaran itu hanya datang daripada ALLAH. ALLAH sendiri yang mendatangkannya kepada manusia melalui rasul-rasul-Nya.

Mukaddimah

DI DALAM ajaran Islam, secara umum ilmu-ilmu yang penting itu boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

1. Usuluddin (aqidah)

2. Feqah (syariat)

3. Tasawuf (akhlak)

Dalam pengamalannya, setiap orang Islam mestilah melaksanakan secara serentak ketiga-tiga ilmu tadi. Sama ada dari segi teori mahupun praktikal, atau dari segi ilmiah dan amaliahnya.

Tiga ilmu ini merupakan tiga serangkai yang tidak boleh dipisah-pisahkan. Kalau dipisah-pisahkan salah satu daripada tiga serangkai itu, maka akibatnya rosaklah yang lainnya. Ertinya amalan Islam itu menjadi sah apabila ketiga-tiga ilmu tersebut dilaksanakan sekaligus dan serentak. Ia tidak boleh diamalkan satu-satu sahaja tanpa yang lain. Ber‘feqah’ saja atau ber‘usuluddin’ saja atau berakhlak saja, tentu akan merosakkan keIslaman seseorang. Jadi tiga serangkai ilmu ini tidak boleh dipisah- pisahkan dalam seluruh tindakan hidup. Kalau dipisahkan dalam pengamalan seharian, paling tidak seseorang itu akan jadi orang fasiq. Bahkan berkemungkinan ia akan jatuh kepada kafir tanpa ia sedar.

Dari ketiga-tiga ilmu ini, tapak atau asasnya adalah ilmu usuluddin. Di atas tapak ilmu yang menjadi pegangan dan keyakinan setiap orang Islam itu, maka ditegakkan syariat (feqah) dan akhlak (tasawuf). Kalau diibaratkan kepada sebuah bangunan, usuluddin itu adalah foundationnya.Bangunan rumah serta peralatan-peralatannya itulah syariat dan akhlak. Kalau begitu rumah dan peralatan rumah itu tidak dapat ditegakkan sekiranya foundation rumah tersebut tidak ada. Atau ‘ia tidak kukuh dan tidak kuat. Justeru itu, dalam ajaran Islam:

1. Usuluddin itu adalah asas Islam atau tapak Islam.

2. Syariat dan tasawuf ialah furu’ dan cabang-cabangnya.

Kalau begitu, ilmu usuluddin dalam ajaran Islam amat penting dan utama. Kerana ia mengesahkan syariat dan akhlak. Syariat dan akhlak tidak ada nilai di sisi ALLAH, kalau aqidah atau usuluddinnya telah rosak.


Perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu usuluddin ialah:

1. Keyakinan kita dengan ALLAH dan sifat-sifat-Nya sama ada sifat-sifat yang wajib, sifat-sifat yang mustahil atau sifat-sifat yang harus.
2. Keyakinan kita dengan para rasul dan sifat-sifatnya.
3. Keyakinan dengan kitab-kitab yang pernah diturunkan oleh ALLAH seperti AlQuran, Zabur,Injil dan Taurat.
4. Keyakinan kepada para malaikat.
5. Keyakinan pada Qadha dan Qadar ALLAH.
6. Yakin kepada Syurga dan Neraka serta perkara-perkara lain yang merangkumi perkara di Alam Ghaib.

Maka ilmu usuluddin yang menjadi asas kepada ajaran Islam merupakan ilmu yang paling penting. Ia menjadi perkara utama dan pertama untuk setiap individu Islam yang mukallaf mempelajarinya. Belajar ilmu usuluddin ini hukumnya fardhu ain yakni wajib bagi setiap individu yang mukallaf. Bahkan jatuh berdosa besar bagi orang yang tidak mempelajarinya. Hatta boleh jatuh kufur secara tidak sedar kalau jahil tentang ilmu ini.

Ilmu usuluddin yang berkait dengan ALLAH dan sifat-sifat-Nya, kalau tidak dipelajari, paling mudah untuk menyebabkan terjatuh kepada kufur. Sebab itu dihukumkan wajib bagi setiap mukallaf mempelajarinya terlebih dahulu mendahului ilmu-ilmu yang lain. Dalam Hadis, Rasulullah SAW ada menyebut:



Terjemahannya: Awal-awal agama ialah mengenal ALLAH.

Oleh itu ilmu usuluddin itu tidak boleh dicuaikan dari mempelajarinya. Supaya ia dapat dijadikan pegangan dan keyakinan yang mantap (teguh) di hati. Tanpa dicelahi dengan unsur-unsur jahil, syak, zan dan waham. Sekiranya dicelahi oleh jahil, syak, zan dan waham, atau salah satu darinya, maka seluruh amal ibadah itu tidak sah atau tertolak. Ertinya tidak dapat apa-apa di sisi ALLAH. Amalan itu hanya sia-sia sahaja. Walau bagaimana baik dan kemas sekalipun ibadah yang dipersembahkan pada ALLAH, sekiranya dicelahi oleh salah satu daripadanya, maka ibadah itu akan dicampak semula ke muka pengamalnya.

Mengikut kebiasaan, walaupun cantik amalan syariat atau akhlak, ia masih tetap bergantung kepada aqidah. Sekiranya aqidahnya baik, maka baiklah syariat dan akhlaknya. Tetapi kalau aqidahnya rosak, maka rosaklah syariat dan akhlaknya.

Tamsilannya seperti sebatang pokok. Kalau pokoknya subur, itu adalah kesan daripada akar tunjang yang kuat tadi. Yang menjadikan ianya berdaun, menghijau, menghasilkan bunga cantik dan harum mewangi serta buah yang banyak (lebat) lagi sedap rasanya. Sehingga menjadikan kepingin semua makhluk terutama manusia untuk mendekati dan bernaung di bawahnya serta mengambil manfaat darinya.

Begitulah juga bagi mereka yang aqidahnya baik, tentunya syariatnya jadi sempurna dan akhlaknya cantik. Semua hukum-hakam yang lima yakni yang wajib dan sunat dapat ditegakkan, yang haram dan makruh dapat dijauhi, dan yang harus (mubah) terpulang hingga ia mencorak hidup individu dan masyarakat.

Di sinilah pentingnya pelajaran aqidah atau usuluddin ini kerana ia boleh mencorakkan hati seseorang. Sehingga yang lahir dalam tindakan adalah gambaran hatinya itu.

Alhasil, kalau sudah ramai yang aqidahnya tepat dan kuat, maka akan lahirlah negara yang aman makmur yang mendapat keampunan ALLAH. Kerana aqidah yang tepat dan kuat itu mendorong hamba-hamba-Nya bersyariat dan berakhlak atau menjadi orang yang bertaqwa.

Monday, March 29, 2010

Rahmat Allah

Allah adalah Zat Yang Maha Agung
wujudNya tiada mula dan sudahNya
kerana Ia bukan kejadian
tiada siapa yang menjadikan

ada seorang perempuan Bani Israel yang hidup selama 500 tahun
hidupnya sentiasa diisi dengan ibadah tanpa satu pun maksiat
tatkala dia meninggal dunia, Allah bertanya kepadanya samada mahu masuk syurga menggunakan amal kebaikannya selama 500 tahun atau dengan Rahmat Allah?

Dia memilih untuk menggunakan amalnya selama 500 tahun itu kerana dia yakin dapat masuk syurga. Lalu Allah mengambil neraca timbangan maka diambil segala amalannya selama 500 tahun itu dan ditimbang di satu bahagian, Allah ambil pula nilai nikmat SEBIJI mata yang Allah kurnia padanya

Ternyata nikmat mata yang Allah kurnia lebih berat berbanding amalanNya selama 500 tahun itu.

Pengajaran: Allah langsung tidak memandang amal kebaikan hamba-hamba Nya kerana tiada taranya nikmat kurnia yang Allah beri kepada kita. Allah langsung tidak berkehendak kepada kita, sebaliknya kita yang berkehendak kepada Allah