BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 11, 2010

Penutup

MARI kita doakan agar Mujaddid kurun ke 15 ini dilahirkan untuk kita. Agar Islam dan umatnya dibela untuk kembali menjadi tuan di bumi ini. Agar kita rasai kembali nikmat hidup dalam zaman barakah, yakni kerana berkat kewalian Mujaddid itu, iman kembali kukuh dalam hati-hati manusia, kasih sayang kuat mengikat antara manusia, hingga kerana itu hasad dengki, dendam, sombong, bakhil dan lain-lainnya mazmumah tiada tempat lagi dalam hati-hati manusia. Dalam keadaan begitu majoriti manusia adalah baik-baik belaka, sedikit yang jahat; tidak seperti sekarang, banyak yang jahat dan sedikit sekali yang baik. Di zaman barakah juga Islam akan kembali tegak di tengah manusia-dengan umatnya menjadi tuan-tuan di bumi.

Sekarang yang jadi tuan ialah orang Yahudi, orang Kristian, Komunis. Umat Islam bertelut dan berlutut pada musuh-musuh Allah itu. Sebagaimana umat Islam dahulu menunggu-nunggu dengan penuh rindu agar terpancarnya kenabian Muhammad S.A.W maka kita juga patut tertanya-tanya dan berharap-harap akan masa terpancarnya cahaya kewalian dari Mujaddid terakhir ini. Sebagaimana juga mereka memuji-muji dan menyanjung kehadiran Nabi pada mereka, maka begitulah juga kita patut memberi penghormatan, pengharapan dan puji-pujian yang setinggi-tingginya atas peribadi Imam Mahdi.

Lihat bagaimana orang-orang Ansar menyambut ketibaan Rasulullah ke pangkuan mereka di Madinah:





Telah terbit bulan purnama pada kami.
Daripada jalan yang bernama Wida’i
Dan kami melihat cahayanya bersinar
Lalu cahaya itu menerangkan bumi
Kami wajiblah mengucapkan syukur
Selama ada orang menyeru ke jalan Allah
Wahai Rasul yang diutuskan kepada kami
Engkau membawa panduan untuk ditaati
Dan kesukaan serta kegembiraan telah tiba
Wahai Nabi yang mempunyai ajaran yang memuaskan
Engkau penolong kami sekelian
Wahai Nabi yang empunya perangai yang elok.



Imam Mahdi datang bukan membawa bala. Bukan untuk menyusahkan dan tidak untuk menyekat kemajuan dan pembangunan. Kedatangannya semata-mata untuk membangunkan Islam dan umatnya yang tidur sekian lama. Di samping untuk menahan musuh Islam dari terus memijak-mijak agama Allah ini. Sebab itu setiap umat Islam tidak perlu takut dengan Imam Mahdi. Jangan bimbang, prasangka dan lebih-lebih lagi jangan perkecil-kecilkan beliau itu. Jangan pula tidak percaya langsung, takut-takut nanti bila beliau datang kita akan menafikan dan terus menolaknya. Sesiapa yang menolak lmam Mahdi ketika dia sudah lahir bererti orang itu berada di pihak musuh Islam, yakni kafir, wal’iya zubillah.

Imam Mahdi akan memimpin ummah sedunia untuk menegakkan hukum Allah. Beliau akan dibantu oleh Ashabul Kahfi dan akan diteruskan oleh Nabi Isa a.s. Begitulah janji dan ketentuan Allah yang diberitahu melalui lidah nabi-Nya. Kalau adalah pemimpin Islam hari ini yang merasa tercabar dengan khabar ini, mana tahu kalau-kalau selama ini dirasakan dirinyalah yang akan mengembalikan Islam kepada ummah ini, maka hendaklah cuba untuk meredhai takdir Allah ini. Janganlah diikutkan rasa hati, hingga menimbulkan rasa tidak senang dengan Imam Mahdi yang ditunggu. Takut kalau-kalau termasuk dalam golongan pembesar-pembesar Bani Israel yang tidak senang dengan Thalut, pemimpin yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T. Mereka mengengkari Thalut hingga akhirnya tercampak dalam kebinasaan dunia dan akhirat. (Lihat surah Al Baqarah). Atau takut-takut jadi seperti puak Yahudi yang tidak senang dengan Nabi Muhammad, kerana merasakan Muhammad tidak layak, hingga sebab itu mereka sanggup menolak Islam dan menjadi musuh Allah dunia dan akhirat.

Kita bimbang kalau-kalau kejadian ini berlaku pada umat Islam akhir zaman ini. Rasulullah telah bersabda bahawa antara tanda-tanda Imam Mahdi akan lahir ialah bila orang telah mendustakan Imam Mahdi. Ertinya orang tidak percaya lagi yang Imam Mahdi akan datang ke dunia. Bukan saja orang awam, ulama pun terlibat. Sedih sekali bila menyaksikan kata-kata Rasul telah benar-benar terjadi. Ulama-ulama di Malaysia ini, ramai yang sudah mempertikaikan hadis tentang Imam Mahdi. Katanya hadis itu dhaif atau hadis itu hadis Syiah. Konon mereka tolak hadis Syiah. Tapi bila Syiah dapat Iran, mereka iktiraf pula Syiah. Begitulah sebahagian ulama-ulama kita kini.

Kenapa ulama-ulama kita jadi begitu?Saya rasa berpunca dari keinginan pada kepentingan diri lebih daripada kepentingan menegakkan hak Allah. Sebab itu bila usaha-usahanya tercabar maka dia pun melatah. Sebaliknya bila mendapat sesuatu faedah untuk perjuangan, maka sekali pun perkara itu salah, tetap dibelanya. Hasil daripada sikap ini, kita tidak pelik melihat ada ulama-ulama yang mabuk mengejar kebendaan dan pangkat hingga sanggup menjual ilmunya dan mengampu-ngampu. Golongan ini bukan saja...


-page 96 tidak ditemui-


Bukan mudah untuk jadi pengikut lmam Mahdi. Tidak cukup dengan kemampuan bertempik dan mencerca musuh Islam walhal kita pun belum buat apa-apa. Tidak juga dengan hanya buat kertas kerja atau hadir ke majlis kertas kerja, tapi kerja-kerja Islam tidak dibela. Pun tidak setakat berilmu tinggi bertaraf professor lulusan Islam, tapi ilmunya hanya di kepala, tidak diamalkan. Pengikut atau tentera lmam Mahdi kekuatannya ialah seperti tentera Badar yang mana 313 orang Mukmin mampu mengalahkan 1,000 orang kafir.
Mereka yang:




Menjadi abid-abid di malam hari dan singa-singa di siang hari. Yakni orang yang sembahyangnya beratus rakaat sehari semalam, selalu khatam Quran, berpuasa sekurang-kurangnya 3 hari sebulan, berdoa dan menangis pada Allah mengharapkan keampunan dunia dan akhirat. Mereka berkorban harta dan tenaga seperti angin tanpa tertahan. Hingga bila ditanya, “Tidakkah engkau takut miskin?” Maka jawapan mereka ialah, “Kami merasa cukup kaya kerana mempunyai Allah dan Rasul.”

Cinta pada Allah, rindu pada syurga, gerun pada neraka, syukur pada Allah, sabar dan redha dengan takdir Allah, tawakkal, zuhud, pengasih, tawaduk dan ikhlas adalah bunga-bunga akhlak yang tertanam di hati dan terserlah pada sikap lahir mereka. ltulah tentera Allah (rijalullah). Mereka berani menegakkan hukum Allah, di tengah-tengah kekufuran dan kedurhakaan manusia. Mereka menentang maksiat bukan dengan mulut tapi dengan sikap, yakni melaksanakan Islam itu secara terang-terangan hingga nampak dagang dan terasinglah mereka dari masyarakat sekitarnya. Hingga kerana itu mereka dicemuh, dicaci, dihina, diugut, digertak dan diancam dengan segala bentuk penghinaan fitnah dan kesakitan. Namun, bak singa Allah, mereka terus berlompatan untuk mengangkat agama Allah itu setingginya. Jiwa dan raga mereka korbankan sebagai tebusan pada undang-undang Allah.

Bentuk itulah lahir dari batin tentera-tentera Allah. ltulah kelayakan dan syarat penting untuk jadi pengikut Mujaddid akhir zaman. Hanya dengan tentera-tentera yang begitu Islam akan dapat dibela dan ditegakkan kembali. Tanpa syarat dan kelayakan itu, dengan apa lagi kita boleh menghadapi bom atom dan nuklear serta segala kemodenan alat-alat perang musuh-musuh Islam yang sentiasa jaga dan bersedia untuk meratah kita sehancur-hancurnya?

Sekian.

0 comments: