BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 9, 2010

Sifat dan Kelebihan Para Mujaddid

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:



Ertinya:
Para ulama’ adalah sebagai pelita (obor) di muka bumi ini, sebagai pengganti para Nabi dan sebagai pewaris tugas aku dan sebagai pewaris para Nabi. (Hadis riwayat lbnu ‘Ady dari Sayidina Ali r.a)

Kehadiran ulama khususnya Mujaddid adalah sama pentingnya dengan kedatangan Nabi di kalangan umatnya.Sebelum kedatangan Nabi Muhammad dulu Allah mengutuskan seorang Nabi untuk sesuatu kaum. Tapi selepas wafatnya Rasul, tiada lagi Nabi, maka untuk tiap-tiap umat di tiap-tiap kurun dilahirkan seorang ulama yang bertaraf mujaddid. Sebab itu Rasulullah bersabda:



Ertinya:
Para ulama’ku laksana Nabi di kalangan Bani Israel.

Para mujaddid adalah ulama’ pilihan dari kalangan ulama’-ulama’ yang begitu ramai di zamannya.Kelebihan mujaddid dari ulama’-ulama’ lain di zamannya sepertilah kelebihan Rasul dari para Nabi. Ini adalah kerana mujaddid bertugas selaku benteng kebenaran, dan juga pedang serta perisai umat Islam di zaman itu. Sebab itu Allah kurniakan beberapa kelebihan dan keutamaan pada mujaddid, dibandingkan dengan ulama lainnya. Di antara sifat dan kelebihan itu ialah:

1. Paling alim di zamannya. Kealimannya bertaraf mujtahidin.

2. Berani yang luar biasa.

3. Paling menonjol sifat taqwanya.

4. Sangat zuhud dengan dunia.

5. Lidahnya atau mata penanya tajam, serta pandangannya jauh.

6. Suaranya didengar serta memberi kesan pada masyarakat.

7. Membawa hujjah-hujjah yang payah dipukul oleh lawan dan bagi kekuatan pada kawan.

8. Allah bantu dengan karomah atau ma’unah.

9. Sentiasa berjuang dan berjihad dengan lisan dan tangannya.

10. Obor pada ummah Islam di zamannya

11. Menyedarkan kembali ulama-ulama yang sedang lalai dari tanggungjawab mereka.

12. Ditakuti oleh lawan dan disegani oleh kawan

13. Mengejutkan kembali ummah Islam yang sedang tidur.

14. Mempunyai pengikut dan simpati yang ramai.

15. Kepimpinannya memberi kesan pada jiwa dan fikiran dan sikap masyarakat.

16. Sedikit sebanyak menyusahkan pihak musuh.

17. Membanteras pembawa bidaah.

18. Menggugat sistem masyarakat yang sedang diamalkan.

0 comments: